UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 751 : AKTA RUKUN TETANGGA 2012
BAHAGIAN II : SEKSYEN 8
Fungsi dan tugas Jawatankuasa kawasan rukun tetangga
Jawatankuasa kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi dan tugas yang berikut:
(a) untuk menjalankan apa-apa akitiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan,kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat;
(b) untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah;
(c) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;
(d) untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan
(e) untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
Rujukan : http://www.federalgazette.agc.gov.my/
No comments:
Post a Comment