KRT Taman Iris

KRT Taman Iris

Thursday, 18 June 2015

AJK || PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 751 : AKTA RUKUN TETANGGA 2012
BAHAGIAN II : SEKSYEN 8

Fungsi  dan  tugas  Jawatankuasa kawasan rukun tetangga
 
Jawatankuasa kawasan Rukun Tetangga hendaklah mempunyai fungsi  dan  tugas  yang  berikut:
 
(a) untuk  menjalankan  apa-apa  akitiviti  bagi  meningkatkan dan  mengukuhkan  semangat kejiranan,  perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan,kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan  kualiti  hidup  di  kalangan  anggota masyarakat;

(b) untuk   menerima   maklumat   mengenai,   untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik  masyarakat  di  dalam kawasan  dan  melaporkan maklumat,  pemerhatian  dan  penyiasatan itu  kepada Pengarah;
(c) untuk  mengambil  apa-apa  langkah  yang  perlu  atau wajar  untuk  membolehkan  pemastautin melindungi diri  mereka  terhadap  apa-apa  aktiviti  jenayah  atau bencana;

(d) untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud  pendamaian  atau  selainnya menyelesaikan  apa-apa  pertikaian  atau  perselisihan  di  kalangan  anggota masyarakat;  dan

(e) untuk  menjalankan  apa-apa  fungsi  atau  tugas  lain yang  diarahkan  oleh ketua  Pengarah  dari  semasa  ke semasa.


No comments:

Post a Comment